Isnin, 13 Jun 2016

Ziarah Makam Rasulullah

Ketika tiba di Madinah kami telah melewati waktu Isya maka kami dibawa oleh Ustaz Wan Noh untuk menunaikan solat Jamak Isyak dan Maqrib di Masjid Al Nabawi. Selepas solat kami dibawa melihat Makam Rasulullah. Oleh kerana ketika itu ada proses pembersihan maka Raudah (Taman Syurga ) ditutup.

Masjid Al Nabawi ditutup selepas Isya. Kami dapat bersolat di kawasan masjid yang terletak berhampiran Makam Rasulullah. Ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Biar pun malam di Madinah sudah menghampiri waktu pagi, tetapi jemaah tetap ramai seperti siang. Saya bersyukur hajat yang terpendam sekian lama untuk memasuki Masjid Al Nabawi dan menziarah makam Rasulullah telah tercapai.


Jemaah sedang menunggu untuk masuk ke Raudah

Disebelah kanan ada Makam  Rasullah



Tiada ulasan:

Catat Komen

Ke Tanah Suci pada 25 Julai hingga 7 September 2019

Ketika anda sedang membaca tulisan ini saya sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci pada 25 Julai 2019 | 6.15 petang...